Khamis, 18 Februari 2016

Polis Buru Warga Nepal Raba Penyanyi Jalanan

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai warga Nepal yang didakwa mencabul penyanyi jalanan dalam kejadian di hadapan pusat beli-belah Sogo, malam kelmarin, bagi membantu siasatan.

Kejadian pada jam 9 malam itu, mangsa seorang wanita berusia 23 tahun dikatakan dipeluk dan diraba lelaki warga Nepal terbabit ketika sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan di hadapan pusat beli-belah berkenaan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Zainuddin Ahmad, berkata ketika kejadian, mangsa bersama suaminya sedang menyiapkan peralatan untuk melakukan persembahan sebelum didatangi seorang lelaki.

"Lelaki berkenaan dikatakan memeluk mangsa dari belakang dan meraba badan wanita itu sebelum suspek ditolak oleh suami mangsa.

"Suspek yang cedera di hidung terbaring di hadapan pusat beli-belah berkenaan sebelum beredar dari kawasan terbabit," katanya dalam satu kenyataan media, sebentar tadi.


Zainuddin berkata, orang ramai dan saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. 

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...