Memaparkan catatan dengan label Lawatan Kebajikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawatan Kebajikan. Papar semua catatan

Rabu, 27 Februari 2013

JANJI DITEPATI - KEBAJIKAN IBU TUNGGAL TIDAK DIABAIKAN

Rhu Rendang 26/02/2013 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama Penghulu Rusila En. Hazizi telah mengadakan lawatan ke rumah seorang ibu tunggal Puan Maziah binti Sulong, 42 tahun di Kg. Rhu Dua, Marang.

Lawatan tersebut diadakan adalah susulan permohonan Puan Maziah telah mendapat kelulusan untuk membina rumah PPRT ditanah beliau, dimana rumah kediaman yang diduduki selama 23 tahun mengalami banjir setiap kali hujan lebat, akibat daripada pembinaan rumah bersebelahan dengan menenggelamkan sebahagian daripada rumah beliau.

Ahad, 13 Januari 2013

Pemimpin Prihatin, Janji Ditepati


Rhu Rendang 12/01/2013 - Keprihatinan dan Janji Ditepati, seawal pagi Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, bersama rombongan terdiri daripada Ketua Pemuda/Puteri dan  Wanita UMNO DUN telah mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah pesakit kronik di Kg. Alor Pak Bang, Kg. Baru Kelulut, Kg. Bukit Gasing dan Kg. Gong Beris.

Selain daripada lawatan, sumbangan berupa wang tunai dan juga barangan telah disampaikan dalam lawatan yang diadakan.

Selasa, 23 Oktober 2012

Janji ditepati demi untuk kepentingan masyarakat memerlukan



Marang 22/10/2012 - Warga emas dikenali dengan panggilan MAK WOK, 65 tahun tinggal di Kampong Tertak Batu, Marang tinggal bersama-sama anak perempuannya Puan Zainon, 47 tahun yang mengidap penyakit 'stroke' sejak 1 tahun yang lalu. Beliau hanya bergantung kepada pekerjaan seharian dengan pendapatan yang tidak seberapa.

Isnin, 18 Jun 2012

PP DUN MELAWAT PESAKIT KRONIK DAN WARGA EMAS KG BATANGAN


Rhu Rendang 17/06/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, yang disertai bersama Ketua Wanita/Pemuda UMNO DUN Rhu Rendang telah mengadakan lawatan kebajikan keatas pesakit kronik serta warga emas di Kg. Batangan, Marang.

Lawatan bermula jam 10.00 pagi dan selesai jam 1.00 t/hari yang melibatkan 14 orang pesakit termasuk 3 OKU. Sumbangan berbentuk barang makanan serta wang tunai dan juga kerusi roda telah diagih-agihkan mengikut peruntukan yang ditetapkan mengikut keperluan.

Sabtu, 26 Mei 2012

Program turun padang menziarahi pesakit kronik



Rhu Rendang 25/05/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku meneruskan tradisi membela ahli dengan melakukan program ziarah ke rumah ahli terutama mereka yang uzur dan sakit.

Program berbentuk turun padang itu bukian sahaja memberi peluang pemimpin parti peringkat DUN malah ia turut membabitkan pemimpin peringkat cawangan yang melakukan lawatan dari rumah ke rumah. 

Khamis, 24 Mei 2012

LAWATAN PESAKIT KRONIK DIKAWASAN DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang 23/05/2012 - Penderitaan hidup pesakit kronik setelah mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah mendapat perhatian Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan ku yang sememangnya amat prihatin terhadap penduduk di kawasannya.

Pak Harun, 70 tahun yang tinggal di Lot. 7311, Kg Sungai Kerak, Marang, Terengganu telah terlibat didalam kemalangan jalanraya beberapa bulan yang lalu telah tidak berupaya untuk berjalan, disebabkan kecederaan serius yang dialami di bahagian kakinya yang patah.

Dengan keprihatinan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang telah menyumbang sebuah kerusi roda kepada Pak Harun serta barang keperluan untuk meneruskan kehidupan seharian bersama keluarga.

Paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI

Khamis, 5 April 2012

LAWATAN PESAKIT KRONIK & MISKIN KAWASAN SEBERANG MARANG, RHU MUDA DAN PULAU KERENGGA


En. Othaman bin Mamat bersama Tuan Haji Nik Dir dirumahnya 

Marang 03/04/2012 - Disebelah petangnya bermula jam 3.00 pm, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang dengan disertai Pegawai JKM Daerah Marang, Pemuda dan Wanita UMNO Rhu Rendang telah mengadakan lawatan serta menyampaikan bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada beberapa keluarga pesakit kronik serta miskin di sekitar kawasan Seberang Marang, Kg. Rhu Muda dan Pulau Kerengga.


Rabu, 4 April 2012

LAWATAN PESAKIT KRONIK DAN KELUARGA MISKIN DI DUN RHU RENDANG

Puan Sulong, 93 th, telah kembali ke rahmatullah pada ptg. 4/4/2012 - Alfatihah

Marang 02/04/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang dengan disertai Pegawai JKM Daerah Marang, Pemuda dan Wanita UMNO Rhu Rendang telah mengadakan lawatan serta menyampaikan bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada beberapa keluarga pesakit kronik serta miskin di sekitar kawasan Rhu Rendang, dan Rusila.

Khamis, 9 Februari 2012

LAWATAN KEBAJIKAN PEG PEMBANGUNAN DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang 08/02/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Pergerakan Pemuda/Wanita UMNO telah mengadakan lawatan dirumah YBhg Datuk Tg Zainuddin Tg Zaid, 48 tahun di Kg. Alor Pak Bang, Marang, Terengganu. YBhg Datuk Tg Zainuddin baru saja selesai menjalani pembedahan jantung di IJN pada 12/01/2012. Namun begitu kesihatan YBhg Datuk  semakin pulih dan masih lagi menerima rawatan susulan daripada pihak IJN.

Rabu, 25 Januari 2012

MB TURUN PADANG BERJUMPA MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN PERHATIAN


Rhu Rendang 24/01/2012 - YB Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said, bersama-sama Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku turun padang menziarahi keluarga En. Hashim @ Nordin bin Ali di Kg. Atas Bukit Jalan Lama, Seberang Marang, Marang, Terengganu kira-kira jam 1.30 t/hari. 

Rabu, 18 Januari 2012

LAWATAN KEBAJIKAN PEGAWAI PEMBANGUNAN DUN RHU RENDANG


Marang 17/01/2012 - Lawatan berterusan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang setelah mengenalpasti masyarakat yang memerlukan bantuan tetap diteruskan dengan tidak mengira apa fahaman politik sepertimana yang telah dilaksanakan. Di Kg. Bukit Kecil, Kelulut, Marang, Terengganu 2 keluarga yang sangat-sangat memerlukan bantuan, yang turut disertai Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang.

Selasa, 17 Januari 2012

LAWATAN PRIHATIN TERHADAP MASYARAKAT PP DUN RHU RENDANG


Marang 16/01/2012 - Lawatan prihatin terhadap masyarakat yang memerlukan bantuan dikawasan DUN Rhu Rendang, Marang telah diadakan di rumah En. Nordin bin Ali, 54 tahun, Kg. Atas Bukit, Jalan Lama, Seberang Marang, Marang. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah melakukan lawatan ke rumah yang dimaksudkan.

Sabtu, 31 Disember 2011

Lawatan Kebajikan JKKK Gong Nangka, Marang


Rhu Rendang 30/12/2011 - Lawatan demi lawatan diadakan di kawasan DUN Rhu Rendang, dimana pada hari ini beberapa lawatan telah diadakan di JKKK Gong Nangka, Marang ke atas beberapa orang pesakit kronik yang dikenalpasti oleh Pengerusi JKKK En. Ab. Halim. Masalah yang dihadapi mendapat perhatian Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah mengadakan lawatan serta menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan serta wang tunai.

Isnin, 21 November 2011

LAWATAN PPD RHU RENDANG - WARGA EMAS DAN PESAKIT KRONIK


Pulau Kerengga 20/11/2011 - Demi keprihatinan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang dan Ketua Pemuda/Wanita UMNO Rhu Rendang serta rombongan telah mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah Warga Emas dan pesakit kronik dikawasan Pulau Kerengga dan Kg. Kijing, Marang, Terengganu.

Khamis, 10 November 2011

KEPRIHATINAN TERHADAP MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN BANTUAN



Rhu Rendang 09/11/2011 - Keprihatinan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang - Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku terhadap masyarakat yang memerlukan perhatian dan bantuan, bersama-sama Timbalannya - En. Anuar Yahya, Ketua Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita/Puteri serta AJK yang lainnya telah mengadakan kunjungan ke beberapa buah rumah pesakit yang mengidap penyakit kronik disekitar Kg. Penempatan Baru Sungai Kerak, Marang, Terengganu bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.


Sabtu, 5 November 2011

AKIBAT KELEWATAN MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL KAKI DIPOTONG


Rhu Rendang 04/11/2011 - Baru enam kejadian berlaku En. Jusoh bin Rani, 54 th telah terpijak paku berkarat dirumah beliau. Beliau kemudiannya telah mendapatkan rawatan di Klinik Swasta berdekatan dan hanya diberi suntikan oleh Dr berkaitan. Keenganan beliau untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kerajaan, menyebabkan tapak kaki beliau mulai bertukar warna hitam akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.

DUA PULUH HARI KOMA SATELAH TERJATUH


Gong Beris 04/11/2011 - Encik Muda bin Mohd, 65 tahun tiba-tiba terjatuh diluar rumahnya dan terus tidak sedarkan diri lebih kurang 20 hari yang lalu.  Mangsa kemudian terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Trg untuk mendapatkan rawatan dan telah dimasukan ke Wad ICU 8C. Namun begitu beliau terus koma sehingga pada 02/11/2011 telah discharge dari Wad ICU 8C tanpa diberitahu masalah yang dihadapi oleh pesakit kepada ahli keluarga. Kebimbangan keluarga terus melanda akibat tidak diberi perhatian terus oleh pihak Hospital apabila terlantar dirumah tanpa rawatan susulan sejak tarikh discharge.

Isnin, 31 Oktober 2011

HAMPIR DUA BULAN TIDAK MAMPU UNTUK BERGERAK AKIBAT 'ANGIN AHMAL'

Rhu Muda 31/10/2011 - Selama 56 tahun keceriaan penghidupan dimuka bumi dipadamkan dengan tiba-tiba, bagi En. Saleh bin Hassan, 56 tahun tinggal di Kg. Baru Rhu Muda, Marang, telah tidak mampu untuk bergerak sepertimana insan biasa sejak 2 bulan yang lalu. Hanya mampu mengerakkan mata dan terbaring diatas tilam diruang tamu rumahnya. Bekerja sendirian untuk menyara hidup keluarga seharian, kini ditanggung oleh isterinya Puan Fatimah Ismail, 48 tahun.

Ahad, 4 September 2011

BANTUAN MANGSA RIBUT PULAU KERENGGA, MARANG


RHU RENDANG 04/09/2011 - Warganegara Marang sedang sibuk berhari raya, tapi malang bagi dua keluarga di Kg. Pulau Kerengga, Marang, Terengganu mendapat perhatian serta simpati daripada Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Marang dan juga Penghulu Mukim Pulau Kerengga. Maksud tersirat mengenai kejadian ribut yang melanda pada 02/09/2011 jam lebih kurang 4.00 petang.

Selasa, 23 Ogos 2011

LAWATAN KEBAJIKAN DIBULAN RAMADHAN - DUN RHU RENDANG

Tuan Haji Nik Dir merenung jauh mendengar luahan rasa yang
diperjelaskan oleh seorang warga emas Tok Ki berumur 95 tahun
di Kg. Paya, Marang, Terengganu

Rhu Rendang 23/08/2011 - Masyarakat keseluruhan sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Lebaran yang akan datang tidak beberapa hari lagi, Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama dengan Ketua Wanita UMNO Toh Puan Zaiton Mat Amin.


Turut serta Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang serta rombongan mengambil kesempatan di bulan Ramadhan melakukan kunjungan hormat dan menghulurkan bantuan berbentuk wang tunai dan barang makanan kepada beberapa orang penduduk yang mengalami sakit kronik dan uzur disekitar kawasan Kg. Kijing, Kg. Paya, Kg. Alor Pak Bang dan Gong Nangka, Marang, Terengganu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...