Isnin, 31 Oktober 2011

HAMPIR DUA BULAN TIDAK MAMPU UNTUK BERGERAK AKIBAT 'ANGIN AHMAL'

Rhu Muda 31/10/2011 - Selama 56 tahun keceriaan penghidupan dimuka bumi dipadamkan dengan tiba-tiba, bagi En. Saleh bin Hassan, 56 tahun tinggal di Kg. Baru Rhu Muda, Marang, telah tidak mampu untuk bergerak sepertimana insan biasa sejak 2 bulan yang lalu. Hanya mampu mengerakkan mata dan terbaring diatas tilam diruang tamu rumahnya. Bekerja sendirian untuk menyara hidup keluarga seharian, kini ditanggung oleh isterinya Puan Fatimah Ismail, 48 tahun.


Alhamdulillah maklumat ini telah diterima oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku melalui Pengerusi JKKK Kg. Baru Rhu Muda, telah berkunjung ke rumah pesakit dengan membawa seribu harapan agar bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat disegerakan, bagi membantu  serta meringankan beban yang ditanggung oleh Puan Fatimah dan keluarga.


Disamping itu juga bantuan berbentuk barangan keperluan serta wang tunai juga dihulurkan oleh Tuan Haji Nik Dir semasa lawatan tersebut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...