Ahad, 16 Oktober 2011

PROGRAM SUKAN JKKK KG. SEBERANG MARANG

Penerima tiket percuma dari K/Trg ke Kuala Lumpur
Marang 15/10/2011 - Program Sukan JKKK Kg. Seberang Marang telah diadakan pada 15/10/2011 mulai jam 9.00 pagi.  Pengerusi JKKK Kg. Seberang Marang En. Anuar bin Yahya memaklumkan sejumlah 21 jenis sukan telah dipertandingkan dan dibahagikan kepada 7 kategori mengikut umur. Sambutan penduduk setempat adalah sangat mengalakkan bagi memeriahkan program sukan yang diadakan bagi tahun 2011.


Hadiah-hadiah lumayan disediakan kepada pemenang disamping menyediakan hadiah cabutan bertuah serta meneka jumlah butiran kacang tanah. Selain hadiah berbentuk barangan, penganjur juga telah menyediakan hadiah yang sangat luar biasa dan tidak pernah diadakan dibahagian lain iaitu tiket percuma untuk 2 orang penerbangan pergi dan balik dari K/Terengganu ke Kuala Lumpur selain daripada 3 buah basikal.



Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...