Jumaat, 14 Oktober 2011

DAP Melayu: Rancak rekrut calon winnable candidates.


dapmelayu
Cuit Difahamkan ada yang terasa dan melenting, terutama di kalangan mereka yang terlibat.
Apa yang nak dimarahkan. Kalau betul mengaku sajalah. Inikan negara demokrasi. Janganlah ada yang mengugut mahu menyaman utusan kerana menyiarkan calling card DAP seorang Leftenan Kolonel itu.
Namun, selepas Cuit itu keluar saya mendapat lagi banyak maklumat. Tapi seperti biasa saya tidak boleh mendedahkan secara terbuka dan terang-terangan.

Saya berharap orang yang terlibat jadilah ‘anak jantan’ dan mengaku sajalah, apa yang nak ditakutkan. Dalam perjuangan mana ada istilah takut-takut.
Saya berharap para pemimpin DAP juga berterus teranglah. Anda semua mahu merekrut dan mengasuh calon-calon Melayu berstatus frust ini yang anda anggap sebagai calon boleh menang atau winnable candidates.
Tapi persoalan yang saya lontarkan minggu lalu, Pas tak terasa tergugatkah dengan tindakan senyap-senyap DAP ini? PKR pula macam mana?
Apakah orang Melayu yang hebat-hebat ini sudah tidak yakin dengan Pas dan PKR? Apakah DAP pun sudah pandai main tikam belakang?
Yalah, Pas ini hanyalah parti hingar-bingar sahaja. Hanya tahu palu gendang sentimen orang Melayu tak habis-habis. Yang rugi ialah umat Melayu Islam keseluruhannya.
PKR pula ialah parti yang tunggu masa nak tersungkur. PKR ialah parti yang hanya dihidupkan untuk mempertahankan Anwar Bin Ibrahim semata-mata. Ia tiada falsafah perjuangan yang jelas.
Pas, nampaknya sudah tiada haluan. Di dalam parti itu sendiri difahamkan sedang berlaku kacau-bilau di antara pelbagai kumpulan.
PKR pula macam-macam masalah. Di Selangor sendiri, mereka mahu menumbangkan Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Sekumpulan ADUN dan MP Pakatan mendesak Khalid letak jawatan dan berundur. Mereka beranggapan Khalid tidak efektif dan menyusahkan strategi politik mereka.
Kelmarin (Isnin) dikhabarkan Khalid sepatutnya mengadakan satu sidang akhbar, lazim diadakan selepas perhimpunan bulanan Kerajaan Selangor. Namun difahamkan ia dibatalkan pada saat-saat terakhir.
‘‘Dia terus belah naik kereta,” kata satu mesej SMS kepada saya. Mungkin Khalid sudah bosan dan fed-up dengan perangai ADUN-ADUN dan Exco-exconya yang mahu menendang dia keluar?
Difahamkan satu portal berita, antarapos.com baru diwujudkan. Dikatakan, ia diasaskan oleh seorang think-tank media pakatan. Tapi kandungan portal itu banyak menghentam Menteri Besar, Khalid dan Kerajaan Selangor.
Oleh itu, apa sudah jadi? Selangor ini juga sudah kacau-bilau.
Berbalik kepada DAP, ia adalah sebuah parti yang strategik. Ia bergerak secara halus, senyap-senyap kerana ia kini yakin orang Cina di belakangnya.
DAP cukup yakin walaupun mereka meletak calon Melayu di kawasan Cina, calon-calon itu akan menang. Orang Melayu ini sudah tidak peduli walaupun DAP ialah parti yang terkenal dengan pendekatan cauvinisnya dan sering menentang dasar-dasar berkepentingan Melayu.
Saya difahamkan selain Lt. Kol. yang disebut minggu lalu, ada tiga orang lain calon Melayu iaitu seorang berpangkat Datuk (bekas wakil rakyat BN sebuah kawasan di Pahang). Dia dikhabarkan akan bertanding di sebuah kawasan di negeri itu juga. Saya tidak mahu innuendo, atau berkias banyak-banyak nanti orang kenal.
Seorang lagi ialah (lagi memeranjatkan) bekas OCPD, ketua polis sebuah daerah di selatan tanah air. Difahamkan dia akan bertanding di sebuah kawasan di Perak.
Sementara itu, seorang lagi ialah mastermind yang menjadi perancang merekrut calon-calon Melayu. Dia akan bertanding dalam sebuah DUN di Seremban. Dia ini amat dikenali dalam lingkungan politikus.
Belum sampai masa saya mendedahkan secara detail calon-calon ini. Biarlah tuan-tuan tubuh itu sendiri keluar.
Seperti mana yang saya kata tadi, Malaysia ialah negara demokrasi, buat apa sembunyi-sembunyi.
Wahai bakal calon Melayu DAP ini, perkenalkan diri tuan-tuan, lagi pun pilihan raya sudah dekat dan rakyat nak tahu...-Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...