KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa semua pihak supaya bertenang berikutan persoalan terhadap kemungkinan hubungan tegang di antara istana dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai keputusan Sultan Mizan Zainal Abidin yang dilaporkan telah menarik kembali semua gelaran rasmi yang diberikan kepada Razif.
“Saya minta semua bertenang. Kita belum tau apa perkembangan sebenarnya (Di Terengganu).
“Tetapi selaku mantan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, ini bukan satu perkara yang tak pernah kita lalui. Yang penting sekarang adalah untuk pastikan apa dia perkara yang boleh pecah-belahkan kita, kita kurangkan,” kata menteri pertahanan itu selepas pelancaran Program Khidmat Negara 2.0 di KLCC Kuala Lumpur.