Memaparkan catatan dengan label MAIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAIS. Papar semua catatan

Isnin, 1 September 2014

Khalid Gereja tak puas hati ???


Khalid Gereja dalam ketakutan.

Pertama, ahli Parlimen Shah Alam itu menimbulkan kemarahan Sultan Selangor selepas mencadangkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dibendung dan didakwa mengikut Akta Hasutan kerana kenyataannya itu.

“Sudah tentu saya ketakutan. Sudah tentu saya bimbang bagaimana reaksi orang ramai dan apa yang mereka fikirkan tentang saya,” kata ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Walaupun beliau berkemungkinan besar hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen, Khalid berikrar tidak akan mengalah dan mengorbankan prinsipnya.

“Saya rasa tanggungjawab utama saya untuk memastikan kita mempunyai ajaran Islam yang sepatutnya dan wakil yang lebih bertanggungjawab. Sebab itu saya katakan begitu tentang Mais.”


Sumber: KLIK SINI

Rabu, 9 Januari 2013

PEMIMPIN PEMBANGKANG MENUNJUKKAN PERANGAI SYAITAN BAGI MEROSAKKAN AKIDAH RAKYAT


anwar-hadi-kit-sabu513
Ini bukan kali pertama Ketua Pembangkang buat perangai di dalam sidang media. Tadi di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Anwar ulanginya lagi.

Kisahnya bermula apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipersilakan oleh Anwar untuk membaca kenyataan media yang disediakan terlebih dahulu mengenai pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Hadi selesai baca tidak buka kepada pertanyaan wartawan, dan sidang media tersebut diambil alih semula oleh Anwar.

Rabu, 7 November 2012

Sultan Selangor kesal dengan kenyataan Nurul Izzah


SHAH ALAM 6 Nov. - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, MAIS akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...