Memaparkan catatan dengan label Datuk Zaid Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Zaid Ibrahim. Papar semua catatan

Selasa, 20 Jun 2017

CIRI KATAK LOMPAT GILA KUASA UMUM CALON PM ???

Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan senarai kabinet bayangan Pakatan Harapan dengan mengatakan ia boleh meredakan perbezaan parti gabungan terhadap jumlah kerusi yang perlu ditandingi.

Beliau berkata sekiranya pemimpin parti gabungan itu membincangkan isu tersebut lebih awal, ia akan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka bersedia membentuk kerajaan.

"Ia juga akan mengelakkan pertikaian baru daripada meletus di kalangan semua pihak, yang hanya akan melemahkan pakatan rapuh ini," kata Zaid dalam laman blog beliau pada Isnin.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Zaid mencadangkan bekas perdana menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad calon layak untuk menduduki jawatan perdana menteri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...