Rhu Rendang 20/06/2012 - Program Pemimpin Bersama Masyarakat anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah diadakan di Dewan Utama MDM bermula jam 9.00 pagi. Program diadakan sempena bantuan JKM Daerah Marang bagi bulan Julai 2012 kepada 1,669 orang penerima bagi DUN Rhu Rendang dengan jumlah pembayaran RM406,850.00.
Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, yang turut dihadiri Penghulu Mukim Pulau Kerengga dan pegawai JKM Daerah Marang.
Menurut Tuan Haji Nik Dir, bantuan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Orang Tua (BOT), Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan OKU Terlantar & Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Am (BA), Elaun Latihan Perantgis (ELB) dan Bantuan Anak Pelihara.
