![]() |
| Ada lagi gambar nya di bawah |
JAKARTA 9 Ogos - Majlis Ulama Indonesia
(MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan
pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.
MUI mengeluarkan
fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang
menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi
ikutan di Indonesia.
Golongan
tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi
berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.
