Memaparkan catatan dengan label Majlis Jamuan Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Jamuan Hari Raya. Papar semua catatan

Isnin, 27 Ogos 2012

Majlis Jamuan Hari Raya DUN Rhu Rendang dan Majlis Kesyukuran


Rhu Rendang 26/08/2012 - Kegembiraan yang tidak terkata dan terucap, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku sekeluarga serta UMNO DUN Rhu Rendang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir, terutama YB Dato' Seri Ahmad Said serta isteri yang sudi meluangkan masa bersama-sama dimajlis yang diadakan.

Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup ceria, seawal jam 9.45 pagi, para tetamu yang datang berkunjung sehinggalah ke jam 4.30 petang. Dianggarkan lebih kurang 13,000 orang para tetamu hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya serta meraikan majlis kesyukuran sempena perkahwinan puteri Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Ahad, 26 Ogos 2012

Majlis Jamuan Hari Raya dan Majlis Pernikahan


Rhu Rendang 25/08/2012 - Persiapan rapi telahpun diatur bagi menceriakan Majlis Jamuan Hari Raya DUN Rhu Rendang di rumah kediaman Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku pada 26/08/2012 bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Persiapan rancak dijalankan oleh AJK-AJK yang dilantik serta dibantu oleh penduduk kawasan persekitaran sejak awal pagi. Berlebih-lebih lagi disebelah malamnya pula, diadakan Majlis Akad Nikah Puteri Tuan Haji Nik Dir , Cik Noor Ayuni berlangsung dalam suasana yang cukup ceria dan bermakna.

Selasa, 21 Ogos 2012

Mesyuarat Persiapan Majlis Jamuan Hari Raya


Rhu Rendang 20/08/2012 - Bagi memperkemaskan serta melicinkan perjalanan Majlis Jamuan Hari Raya DUN Rhu Rendang yang akan diadakan pada 26/08/2012, satu mesyuarat khas telah diadakan bagi membentuk AJK Kerja yang betul-betul mantap, agar majlis yang diadakan berjalan dengan licin dan teratur sebagaimana yang telah dijadualkan.

Mesyuarat diadakan dirumah kediaman Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku kira-kira jam 9.00 malam yang disusuli majlis sembahyang hajat kira-kira 30 orang penduduk setempat.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Rumah Terbuka Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku akan mengadakan rumah terbuka sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 26/08/2012 ( Ahad ) bersamaan 8 Syawal 1433 bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang, dirumah kediaman beliau di Lot PT 6011, Jalan Batangan, Kg. Darat Pak Chan, Marang, Terengganu.

Semua warga DUN Rhu Rendang serta kenalan jauh dan dekat dijemput hadir ke majlis yang diadakan demi untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim, berlebih-lebih lagi sempena Hari Raya Aidilfitri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...