Rhu Rendang 26/08/2012 - Kegembiraan yang tidak terkata dan terucap, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku sekeluarga serta UMNO DUN Rhu Rendang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir, terutama YB Dato' Seri Ahmad Said serta isteri yang sudi meluangkan masa bersama-sama dimajlis yang diadakan.
Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup ceria, seawal jam 9.45 pagi, para tetamu yang datang berkunjung sehinggalah ke jam 4.30 petang. Dianggarkan lebih kurang 13,000 orang para tetamu hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya serta meraikan majlis kesyukuran sempena perkahwinan puteri Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.
Selain daripada itu, Tuan Haji Nik Dir sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua petugas-petugas yang telah bertungkus lumus sehari sebelum majlis diadakan sehinggalah selesai. Majlis berlangsung dalam keadaan yang cukup sempurna, teratur tanpa sesuatu yang tidak diingini. Itu semua dengan ke izinNYA.
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang di Bahagian I hingga V dan KLIK DISINI