Rhu Rendang 14/08/2012 - Pengagihan Dana Hari Raya 2012 bagi DUN Rhu Rendang peringkat terakhir berlangsung pada hari ini bermula jam 10.00 pagi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.
Seramai 1,193 orang penerima bantuan dana tersebut meliputi Kg. Batangan, Kg. Darat Pak Chan, Kg. Seberang Marang dan Kg. Baru Rhu Muda. Bantuan diagihkan mengikut ketegori yang ditetapkan RM200 dan RM300.
Beberapa orang penerima bantuan yang ditemui berasa amat syukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar Terengganu dan juga Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku yang telah menepati janji 'rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan' khasnya bagi masyarakat DUN Rhu Rendang.
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI