Ahad, 26 Ogos 2012

Majlis Jamuan Hari Raya dan Majlis Pernikahan


Rhu Rendang 25/08/2012 - Persiapan rapi telahpun diatur bagi menceriakan Majlis Jamuan Hari Raya DUN Rhu Rendang di rumah kediaman Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku pada 26/08/2012 bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Persiapan rancak dijalankan oleh AJK-AJK yang dilantik serta dibantu oleh penduduk kawasan persekitaran sejak awal pagi. Berlebih-lebih lagi disebelah malamnya pula, diadakan Majlis Akad Nikah Puteri Tuan Haji Nik Dir , Cik Noor Ayuni berlangsung dalam suasana yang cukup ceria dan bermakna.

Disamping mengadakan majlis akad nikah, penduduk-penduduk setempat sibuk dengan aktiviti memotong daging atau 'Majlis Rewang' berlangsung diperkarangan rumah kediamannya dengan dihadiri lebih kurang 100 orang, termasuk Pengerusi JKKK DUN Rhu Rendang.

 

Menurut Tuan Haji Nik Dir, beliau begitu terharu diatas sambutan serta sokongan yang diberikan oleh semua pihak bagi melaksanakan majlis yang diatur agar dapat dijalankan dengan licin dan teratur.

 

Oleh yang demikian beliau sekali lagi menjemput semua warga DUN Rhu Rendang, rakan taulan, kenalan agar dapat menghadirikan diri dimajlis yang dianjurkan. 

 

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang KLIK DISINI dan DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...