Sabtu, 11 Ogos 2012

Pengagihan Dana Hari Raya bagi Peti Undi Bandar Marang


Rhu Rendang - Pengagihan Bantuan Dana Hari Raya bagi peti undi Bandar Marang telah diadakan pada 08/08/2012 @ 2.00 petang di Dewan Utama Majlis Daerah Marang. Majlis pengagihan telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Seramai lebih kurang 1,000 orang penerima bantuan, termasuk warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka-mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,500. Turut menjayakan program tersebut En. Anuar Yahya, Pengerusi APMT Daerah Marang, Penghulu Mukim Pulau Kerengga dan Bandar Marang serta ahli-ahli APMT.


Setiap keluarga menerima mengikut kategori yang telah ditetapkan RM200 dan RM300. Gunakan Dana Raya yang diterima ini sebaik mungkin dengan membeli pelbagai perkara yang berfaedah untuk keluarga.

“Mereka yang rata-ratanya warga emas, ibu tunggal dan bekerja sebagai petani, nelayan serta pekerja am nyata gembira menerima sumbangan itu berikutan mampu menampung perbelanjaan harian dan membeli kelengkapan Hari Raya Puasa yang akan datang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...