PAS
nafi keluar arahan kepada ahli sertai perhimpunan
KUALA LUMPUR, 7 Mac: PAS menafikan
parti itu mengeluarkan kenyataan yang mengarahkan ahli dan penyokong parti
untuk menyertai perhimpunan #Kitalawan.
Setiausaha
Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi kenyataan dalam Facebook
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada sebarang kenyataan
dikeluarkan Abdul Hadi ketika ini, berhubung perhimpunan itu.
Penafian itu
dibuat, berikutan penyebaran satu surat rasmi palsu parti itu di laman sosial
yang bertanda tangan Presiden PAS itu.
