KUALA LUMPUR, 13 Julai: Pemimpin
Pas Selangor yang kini menyertai parti politik baru, Gerakan Harapan Baru (GHB)
akan ditamatkan keahlian mereka serta-merta, kata Setiausaha Pas Negeri.
Dalam
satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Mohd Khairuddin Othman, berkata Pas
Selangor sedia maklum bahawa sebahagian besar ahli jawatankuasa GHB adalah
bekas ahli Pas.
“Kita
menghormati keputusan mereka dan ini sekaligus menamatkan keahlian mereka menurut
Fasal 13(1)(c) Perlembagaan Pas,” katanya.
