Memaparkan catatan dengan label SPR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPR. Papar semua catatan

Selasa, 6 Jun 2017

Nga Kor Ming Otak Lembu ???

Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meminta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjawab isu pemindahan pengundi disifatkan sebagai ‘salah alamat’.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata urusan mengenai pendaftaran mahupun perpindahan pengundi adalah proses yang dibuat melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak melibatkan Menteri Besar mahupun Barisan Nasional (BN).
Sebagai pemimpin politik, Nga sepatutnya tahu proses pendaftaran dan perpindahan pengundi termaktub dalam perlembagaan dan SPR akan membuat pameran setiap suku tahun daftar pemilih bagi tujuan bantahan.

Selasa, 16 Disember 2014

Benarkah SPR bebas, profesional dan telus?


Tidak pasti sama ada tindak-tanduk dan kenyataan oleh pemimpin atau bekas pemimpin serta pegawai kanan atau bekas pegawai tinggi kerajaan dewasa ini dibuat setelah difikir dan dikaji secara mendalam.

Namun yang kelihatannya ia seolah dibuat secara spontan tanpa memikirkan natijah daripada tutur kata dan ayat yang dilafaz.

Terbaru hari ini apabila rakyat menyaksikan Mentari Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang boleh mengakibatkan orang ramai merasa ada sesuatu yang tidak kena, khususnya berhubung dakwaan selama ini bahawa SPR adalah sebuah badan yang bebas, telus dan profesional.

Khamis, 17 Januari 2013

Terengganu catat 40,357 belum daftar pemilih


Terengganu mencatatkan negeri yang mempunyai paling sedikit bilangan individu yang belum berdaftar sebagai pemilih berbanding negeri lain sehingga akhir tahun lalu.

Berdasarkan jumlah itu, hanya enam peratus atau 40,357 daripada keseluruhan 678,642 pemilih di negeri ini masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daripada statistik yang dikeluarkan SPR sebelum ini, kita dapati kira-kira 3 juta pemilih masih belum berdaftar di seluruh negara dan Terengganu adalah yang paling sedikit. 



Khamis, 7 Jun 2012

Taklimat melicinkan proses PRU13


Image Detail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menekankan program taklimat kepada petugas pilihan raya khususnya pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus, pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya dan parti-parti politik bagi melicinkan perjalanan sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Kesemua program taklimat yang dilaksanakan serentak di seluruh negara dijangka dapat diselesaikan pada 31 Jun ini.

Rabu, 6 Jun 2012

SEGERA - Semak status tempat mengundi, elak alamat `berpindah'


Image Detail
Semua pengundi yang sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menyemak status tempat mengundi masing-masing dengan SPR bagi mengelak sebarang kekalutan yang boleh menjejaskan kelicinan proses pilihan raya nanti.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, berkata semakan pendaftaran itu dibuka sepanjang tempoh sebulan bermula 1 hingga 30 Jun dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada 15888, selain menyemak menerusi laman web SPR ataupun datang terus ke pejabat SPR berhampiran. 

Jumaat, 13 April 2012

PRU dijangka sengit, pegawai pengurus diminta faham undang-undang


aziz-spr513
Semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka disaran memahami sepenuhnya undang-undang pilihan raya memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka sengit.

Bernama melaporkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ini kerana parti pemerintah Barisan Nasional sudah pasti akan berusaha habis-habisan untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya serta memenangi semula kerusi yang dikuasai pembangkang dan pembangkang juga akan bertindak serupa dan sudah tentu akan cuba menawan lebih banyak kerusi daripada BN untuk mencapai cita-cita mereka mengambil alih pentadbiran negara.

Rabu, 7 Disember 2011

46,000 pemilih di Terengganu belum daftar

Image Detail
Terengganu merupakan negeri yang mempunyai paling sedikit bilangan pemilih yang belum daftar berbanding negeri lain setakat ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hanya tujuh peratus atau 46,000 daripada keseluruhan 649,683 pemilih di negeri ini masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Daripada statistik yang dikeluarkan SPR sebelum ini, kita dapati kira-kira 3.7 juta pemilih masih belum berdaftar di seluruh negara dan Terengganu adalah yang paling sedikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...