Memaparkan catatan dengan label DYMM Yang DiPertuan Agong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DYMM Yang DiPertuan Agong. Papar semua catatan

Selasa, 6 Februari 2024

Selepas ditabal Yang di-Pertuan Agong, ini hobi baru Sultan Ibrahim buat ramai terkejut

 


Bukan sahaja gemar memasak, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga mempunyai hobi yang unik iaitu mengumpul tongkat.

Difahamkan, pemerintah negeri yang terletak di selatan Malaysia itu memiliki koleksi lebih dari 200 tongkat pelbagai reka bentuk dan saiz.

Tongkat-tongkat itu diperbuat daripada kayu cendana, giam, kayu landasan keretapi dan juga papan lantai kayu istana-istana lama.

Hanya satu dalam dunia, tongkat kayu eksklusif milik Sultan Johor itu dihias khusus dengan akronim nama baginda, ‘SI’ (Sultan Ibrahim).

“Ramai yang bertanya mengapa saya memegang tongkat, sebenarnya mengumpul tongkat kayu adalah hobi saya sejak dahulu lagi.

“Saya mempunyai koleksi lebih 200 tongkat kayu pelbagai reka bentuk dan saiz yang dihasilkan secara tempatan serta mempunyai lambang ‘SI’.

“Pada masa sama, saya juga mempunyai pelbagai koleksi ‘tongkat kuasa’,” titah baginda sambil menujukkan koleksi tongkatnya.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah sedemikian kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Kenyataan dan gambar koleksi tongkat tersebut kemudian dikongsi menerusi satu hantaran di laman Facebook milik baginda.

Baginda bertitah, masanya yang terluang sering digunakan untuk membersihkan tongkat-tongkat yang disusun secara kemas serta teratur itu.

https://beritaperak.com/selepas-ditabal-yang-di-pertuan-agong-ini-hobi-baru-sultan-ibrahim-buat-ramai-terkejut/

Ahad, 6 Disember 2015

"Jangan Libatkan Yang di-Pertuan Agong"

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) untuk tidak mengheret Yang di-Pertuan Agong dalam isu kelulusan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, ICJ perlu memahami kedudukan Yang di-Pertuan Agong berkenaan pentadbiran persekutuan.

"Sama ada mereka menyokong atau menentang undang-undang itu, itu adalah hak mereka. Walau bagaimanapun, cuba untuk mendapatkan campur tangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah tidak betul.


"Ia sama seperti meletakkan baginda setanding dengan undang-undang kita di Parlimen. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...