
Ketika semua orang bercakap tentang konsep 'winnable candidate'dalam letak calon untuk pilihanraya umum ke 13 nanti, Datuk Seri Shahrir Samad melihat lebih jauh daripada itu.
“Kita harus perluaskan konsep itu menjadikan winnable constituency.Tak cukup setakat menitikberatkan soal winnable candidate”, katanya dalam interbiu dengan Agendadaily di bangunan Parlimen.
Dalam pilihanraya umum lalu, banyak kawasan yang dikuasai BN terlepas ke tangan pembangkang sekalipun calon-calon yang bertanding bukanlah calang-calang orangnya.