AKTIVITI MEMUPUK KESEDARAN SIVIK SERTA KEM SOLEH PERLU DIGERAKKAN DARI SEKARANG. KETUA PEMUDA PERLU BERTINDAK SEGERA.
MARANG – Isu belia termasuk remaja yang tidak menunaikan
solat Jumaat seakan tidak diendahkan sejak kebelakangan ini apabila mereka hanya datang untuk berbual di pekarangan masjid.
Berdasarkan tinjauan bermula sebelum Ramadan lalu, masalah itu bukan sahaja berlaku di masjid-masjid utama sekitar daerah ini, tetapi juga seluruh negeri.
Mereka turut merokok dan kadangkala membuat bising di
tempat letak motosikal, malah lebih menyedihkan apabila ada sebilangan kecil
turut merempit sebaik sahaja selesai solat Jumaat.
Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan
Melayu Malaysia (Pewaris), Datuk Paduka
Mohd Zakaria Nawang berkata, pihak berkaitan termasuk ibu bapa
perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu.
