Sabtu, 9 Ogos 2014

SIAPA YANG PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN SELAIN DRP IBU BAPA ???


AKTIVITI MEMUPUK KESEDARAN SIVIK SERTA KEM SOLEH PERLU DIGERAKKAN DARI SEKARANG. KETUA PEMUDA PERLU BERTINDAK SEGERA.


MARANG – Isu belia termasuk remaja yang tidak menunaikan solat Jumaat seakan tidak diendahkan sejak kebelakangan ini apabila mereka hanya datang untuk berbual di pekarangan masjid.

Berdasarkan tinjauan bermula sebelum Ramadan lalu, masalah itu bukan sahaja berlaku di masjid-masjid utama sekitar daerah ini, tetapi juga seluruh negeri.

Mereka turut merokok dan kadangkala membuat bising di tempat letak motosikal, malah lebih menyedihkan apabila ada sebilangan kecil turut merempit sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris), Datuk Paduka Mohd Zakaria Nawang berkata, pihak berkaitan termasuk ibu bapa perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu.

Menurutnya, pendidikan awal bermula dari rumah, justeru ibu bapa perlu menasihati anak masing-masing yang tidak menunaikan solat Jumaat.

“NGO boleh membantu penguasa jabatan agama yang melaksanakan serbuan atau operasi di masjid bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap individu terlibat. Tindakan segera juga perlu diambil bagi mengelakkan masalah ini berlarutan,” katanya.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua (1) Persatuan Bekas Tentera Malaysia Negeri Terengganu, Kassim Muda pula menyarankan pihak masjid mengambil perhatian dan tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut.

Kata beliau, jawatankuasa masjid juga perlu mengarahkan remaja terlibat masuk ke dalam dewan dan tidak melepak di pekarangan masjid termasuk dengan menempatkan jawatankuasa wanita bagi mengawasi gejala itu, sekiranya perlu.

“Justeru, semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani masalah ini kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Sumber:sinarharianonline

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...