Rabu, 13 Ogos 2014

SIKAP PRIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB !!!


MARANG - Malam Untukmu Palestin anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini, malam kelmarin, berjaya mengutip lebih RM760,000 untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM50,000 merupakan sumbangan orang ramai yang dikutip sepanjang berlangsungnya program kemanusiaan tersebut, bermula pada jam 9 malam hingga jam 12 tengah malam.

Jemputan terdiri daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu, Saiful Bahri Mamat dan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Hussin Ismail.


Turud hadir, Exco Muslim Care, Dr Ridhuan Mohd Nor dan wakil Palestin, Ahmed Abu Ayesh An Najjar.

Yang Dipertua Pas setiap kawasan menyerahkan replika cek masing-masing kepada Abdul Hadi sebagai simbolik sebelum semua sumbangan disalurkan kepada rakyat Palestin melalui wakil mereka, Ahmed Abu Ayesh An Najjar.


Program itu menggabungkan persembahan penggiat nasyid, selain turut diserikan dengan nyanyian dua lagu berunsur ketuhanan disampaikan bekas vokalis kumpulan XPDC, Ali XPDC.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...