GEORGE TOWN: Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol
'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn di sini pada kejadian kira-kira pukul 11.48
malam Sabtu.
Ketua
Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov
cocktail' ke kawasan parkir rumah Ketua Menteri itu dipercayai dilakukan oleh
penunggang motosikal.
Beliau
berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan
ia telah meletup dan terbakar selepas dibaling tetapi tiada kecederaan dan
kemusnahan dilaporkan.
"Kamera
litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah Ketua Menteri akan dikaji untuk mengenal
pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat
kepada polis," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.
Abdul
Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana
khianat dengan menggunakan api.