KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri tidak akan
mengambil langkah ‘keras’ sebaliknya mengambil pendekatan untuk lebih mendengar
dan memahami bagi mengatasi masalah rempit di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman
berkata, sebagai langkah awal beliau sendiri sudah berjumpa dengan beberapa
wakil mat rempit dan akan membuat perjumpaan susulan dalam bentuk bengkel, bagi
mengenal pasti masalah sebenar.
Malah katanya, kerajaan negeri memberi peluang
golongan berkenaan menyertai program sambutan hari kemerdekaan yang akan dibuat
pada 30 Ogos ini.
“Program itu akan dibuat di Kompleks Sukan Gong
Badak, di sini dan kita telah bersetuju ia akan dilaksanakan oleh kumpulan
mereka sendiri.
"Mereka maklumkan akan kumpulkan
dalam 10,000 orang dan anjurkan aktiviti sihat,” katanya ketika ditemui di
Wisma Darul Iman di
sini.
Jelas Ahmad Razif, adalah tidak adil untuk
menggelari golongan itu sebagai mat rempit sedangkan hanya segelintir yang
berlumba manakala selebihnya adalah penonton.
“Pelumba ini ibarat selebriti yang amat popular
dalam kalangan penonton, jadi kita perlu pastikan selebriti ini mengikut
peraturan.
"Malah, kita telah bersetuju dan mengambil keputusan membuat litar lumba atau ‘sprint test’ ini yang akan dibina di kompleks sukan," katanya.
"Malah, kita telah bersetuju dan mengambil keputusan membuat litar lumba atau ‘sprint test’ ini yang akan dibina di kompleks sukan," katanya.
Selepas ini, kata Ahmad Razif, beliau akan
berjumpa dengan wakil mereka bagi mengenal pasti apa yang boleh kerajaan buat
untuk membantu mereka.
"Kita akan bangunkan mereka ini dan sebolehnya
menjadi satu karier sebagai pelumba motosikal dan sebagainya. Ini semua kita
akan praktikkan,” katanya.
Sumber:sinarharianonline