Memaparkan catatan dengan label Komunis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komunis. Papar semua catatan

Sabtu, 10 September 2011

PERKASA sanggup berkorban demi kelangsungan perjuangan bangsa, agama dan negara


SYABAS TOK HIM - INILAH DIA ANAK BANGSA YANG PATUT DIBANGGAKAN DEMI MENJAGA MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA DARIPADA TERGADAI !!!.

PERKASA TERENGGANU - Buat pertama kalinya semenjak ditubuhkan pada 17 Dis 2010, Pertubuhan Pribumi PERKASA Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Agung nya pada hari ini 10 Sept 2011 di Perkarangan Rumah Pangsa Kg. Kolam, Kuala Terengganu. Presiden PERKASA YB Dato' Haji Ibrahim bin Ali berkesudian merasmikannya yang turut disertai Setiausaha Agung PERKASA YBhg. Tuan Syed Hassan Syed Ali.


Rabu, 7 September 2011

Khairy sahut cabaran debat dengan Timbalan Presiden PAS


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyahut cabaran PAS untuk berdebat secara terbuka mengenai isu siapa yang layak digelar pejuang kemerdekaan negara.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) itu berkata, beliau menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mencetuskan kontroversi berkenaan. “Saya sudah terima jemputan untuk berdebat dengan Mat Sabu di Balai Islam Lundang Kota Bharu.

Selasa, 6 September 2011

KDN pandang serius isu pertahan komunis



KUALA LUMPUR 5 Sept. - Kerajaan menolak dakwaan bahawa mereka bersikap sambil lewa dalam kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mempertahankan gerakan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamad atau Mat Sabu itu.

"Dalam isu-isu sebegini, kita perlukan masa untuk menyiasat Mat Sabu serta pihak yang berkaitan sebagai saksi.

Selasa, 30 Ogos 2011


HANCURKAN MAT SABU - PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA


Marang 29/08/2011 - Semangat juang demi Agama, Bangsa dan Negara, Pertubuhan Pribumi Perkasa Daerah Marang yang diketuai oleh Tim. Ketuanya En. Hamzah Omar mewakili Pengerusi Perkasa Daerah Marang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta seluruh ahli Perkasa Daerah Marang telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Marang pada hari ini 29/08/2011 jam 3.00 petang keatas Tim. Presiden PAS MAT SABU membuat kenyataan biadap dan menghina pejuang-pejuang kemerdekaan. Turut hadir S/Usaha, Ketua Penerangan dan AJK Perkasa Daerah Marang.

Isnin, 29 Ogos 2011

SEMUA PERLU BERSATU AGAR TINDAKAN KERAS DIAMBIL KE ATAS MAT SABU !!!!


Persatuan Bekas Anggota Polis Negeri Terengganu yang mempunyai 4,500 anggota hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dianggap keterlaluan hingga sanggup menghina polis demi mencari populariti.

Pengerusinya Hussin Awang Ngah berkata tindakan Mohamad, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' menyanjung komunis dan merendahkan maruah anggota keselamatan amat dikesali, sekaligus menunjukkan beliau telah terpengaruh dengan ideologi komunis.

Sabtu, 27 Ogos 2011

PEJUANG BANGSA - JANGAN LEPASKAN MAT SABU BEGITU SAJA !!!!!





Mat Sabu hina pejuang negara - patut diajar keluarkan daripada negara Malaysia !!!!



Semua persara bersatu ambil tindakan ke atas MAT SABU. Laporan polis perlu dibuat untuk mengambil tindakan ke atas Pengkhianat. Jangan lepaskan MAT SABU begitu saja !!!!!

MENGANGKAT MARTABAT KOMUNIS SEBAGAI HERO NEGARA ???


KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...