PAS Berpuas Hati Dengan Penjelasan 1MDB Mengenai Pelan Rasionalisasi
PAS hari ini berkata mereka berpuas hati selepas
mendengar penjelasan mengenai hutang yang ditanggung 1MDB dan pelan
rasionalisasi hutang itu dari presiden 1MDB sendiri, Arul Kanda Kandasamy.
Arul Kanda memberikan penerangan kira-kira 2 jam
kepada Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan hampir 30 ahli Jawatankuasa
Kerja PAS Pusat, serta tokoh jemputan seperti bekas menteri besar Selangor Tan
Sri Khalid Ibrahim.
Sidang meja bulat itu diadakan di Hotel de Palma,
Ampang pada jam 9.00 pagi tadi.
“Secara keseluruhan bagi pihak kami kita berpuas
hati dengan penjelasan yang dibuat Arul khusus pelan rasionalisasi yang telah
dicadang beliau bagi mengatasi kemelut berlaku dalam 1MDB,” kata Tuan Ibrahim
pada sidang media selepas sidang tersebut.

