Kalau ikut cakap-cakap orang politik,
Muhyiddin Yassin menyimpan kuku, tunggu peluang sempana perhimpunan Agung UMNO
yang akan datang sebelum nak dedah semua rasa tidak puas hatinya kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Seterusnya menjawab persoalan kenapa
Muhyiddin jarang bersuara tentang isu 1MDB yang dikatakan jadi punca utama dia
dipecat pada hujung Julai lepas - selain kegemaran Muhyiddin bercakap depan
crowd yang ramai untuk dapat kepuasan maksimum
kutuk Perdana Menteri.
Dia dikatakan tunggu peluang bercakap
atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden membuka mesyuarat sayap-sayap dalam PAU
2015. Rancangan ini rasanya dah dapat dihidu awal dan atas sebab itulah
ketua-ketua sayap mahu mereka sendiri yang buka mesyuarat, bukan Muhyiddin.

