Memaparkan catatan dengan label Banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Banjir. Papar semua catatan

Khamis, 21 Disember 2023

KEINDAHAN PINTU MASUK KE KG. RHU MUDA, MARANG???

 

Lima (5) tahun berlalu hingga saat ini, beginilah keindahan yang jelas kita boleh lihat, apabila menjengah masuk ke Kampong Rhu Muda, MarangPercikan air wangi menyambut setiap kali tetamu masuk.

Peringkat awal telah pun dimaklumkan kepada Pengerusi JPKK dan bersetuju untuk mengatasinya. 

Namun apa yang terjadi sepertimana yang digambarkan.  Balai Raya telah digunakan untuk mengadakan mesyuarat, aktiviti semasa dan lain2 lagi.  Adakah tidak terfikir disanubari pengerusi sendiri untuk mengatasinya?  Atau TIDAK DAPAT PERUNTUKKAN yang besar daripada MB Terengganu sebagai Ahli DUN Rhu  Rendang?

Kebaikkan adalah untuk saudara mara pengerusi jugak, tapi sebaliknya pulak pengerusi bukan tinggal di Kg. Rhu Muda, mungkin tidak nampak apa yang terjadi dan berlaku disekitar kg. ini ATAU SENGAJA TIDAK AMBIK TAHU  Fikir-fikirkann lah

Laporan kedua akan menyusul

https://www.instagram.com/reel/C1GcM9PqOcO/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Khamis, 27 Disember 2012

HOT : NIK AZIZ NI MANGSA BANJIR KE ATAU BERI BANTUAN BANJIR??


Gambar diatas menunjukkan gambar Menteri Besar Kelantan. Gambar dirakamkan ketika beliau bersama-sama Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Adun Meranti sedang membahagikan bantuan kepada mangsa banjir di Sek Keb Kedai Tanjung, Meranti. Banjir di daerah berkenaan sudahpun surut. Adalah dalam paras buku lali. Namun, demi keselamatan Tok Guru yang sudahpun uzur, jaket keselamatan diperlukan. Manalah tahu kot kot tersembam di dalam lubang air.

Rabu, 26 Disember 2012

Janji Ditepati dan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan


Rhu Rendang 25/12/2012 - Slogan Janji Ditepati tetap tersemat dijiwa Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Meredah hujan dan banjir dengan tidak memperdulikan cuaca dipersekitaran, bersama-sama Pengerusi JKKK Kg. Rusila telah menepati kehendak warga Rhu Rendang dengan mengadakan lawatan dan tindakan serta merta ke atas mangsa rumah ditimpa pokok di Kg. Rusila berhampiran dengan MASJID RUSILA, Marang, Terengganu.

Puan Nik binti Embong, 67 tahun berasa amat terharu dengan kehadiran Tuan Haji Nik Dir ke rumah beliau, sambil menyampaikan bantuan berupa barangan serta wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung oleh warga emas ini. Selain daripada bantuan membaik pulih rumah juga akan dilaksanakan dengan kadar segera memandangkan ketika ini musim tengkujuh.

Khamis, 11 Oktober 2012

Jabatan Meteorologi ramal Terengganu akan mengalami lima episod hujan lebat

Gambar hiasan

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) meramalkan beberapa buah negeri di Semenanjung khususnya di kawasan Pantai Timur termasuk Terengganu akan mengalami tiga hingga lima episod hujan lebat tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, hujan lebat diramalkan berlaku selama tiga empat hari yang boleh menyebabkan kejadian banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai. 

“Jangkaan jumlah hujan yang turun sekitar 170 hingga 270 mm pada Oktober kemudian meningkat kepada 570 hingga 860mm pada November dan 430 hingga 660mm pada Disember,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Mesyuarat Bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu di Bilik Mesyuarat Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu hari ini.

Rabu, 23 November 2011

Banjir di tiga daerah semakin buruk

Image Detail

Jumlah mangsa banjir di tiga daerah yang dilanda banjir di negeri meningkat kepada 1,439 orang pagi ini berbanding 373 orang petang semalam.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyatannya memaklumkan, daerah Setiu mencatat jumlah mangsa paling ramai berada dipusat pemindahan iaitu 671 orang diikuti Besut 560 orang dan Hulu Terengganu 208 orang.


Khamis, 3 November 2011

Kerajaan negeri bersiap sedia hadapi kemungkinan banjir besar

Kerajaan negeri telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir besar di negeri ini dengan menyediakan 112 pengkalan hadapan untuk menyimpan stok bekalan makanan dan keperluan harian kepada mangsa bencana.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, Depoh Simpanan Keperluan Bencana Zon Timur di Pulau Kerengga, Marang juga telah siap dan sedia beroperasi sepenuhnya.

Monsun Timur Laut melanda Terengganu awal bulan ini


Negara diramalkan mengalami Monsun Timur Laut mulai awal November sehingga awal Mac 2012 yang boleh menyebabkan hujan lebat dan banjir di beberapa negeri termasuk Terengganu.

Menurut Jabatan Meteorologi, dalam tempoh musim ini, negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, kawasan pantai Sarawak dan Pantai Timur Sabah akan mengalami hujan lebat yang berterusan selama dua hingga tiga hari akibat luruan monsun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...