Memaparkan catatan dengan label DANA Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DANA Raya. Papar semua catatan

Isnin, 23 Julai 2012

Rakyat Terengganu dapat Dana Raya


Golongan berpendapatan rendah di negeri ini bakal menerima Dana Raya daripada kerajaan negeri pada minggu depan.

Pemberian dana tersebut merupakan program tahunan kerajaan negeri bagi membantu golongan berkenaan membuat persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri, termasuk membeli pakaian anak-anak.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sempena Aidilfitri tahun ini seramai 170,000 keluarga akan diberikan Dana Raya yang dianggarkan melibatkan perbelanjaan RM50 juta.

Melalui program itu, setiap keluarga akan mendapat habuan antara RM200 hingga RM400 bergantung kepada bilangan anggota keluarga.

Mereka yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000 sebulan layak menerima bantuan tersebut.

“Bantuan ini akan mula diagih kepada keluarga yang layak mulai minggu kedua bulan Ramadan. Pada masa ini kerajaan negeri sedang mengatur bayaran bagi golongan belia yang layak menerima bantuan melalui Program Dana Bakti Remaja,” katanya kepada wartawan petang semalam.

Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pemberian tersebut menunjukkan kecaknaan kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat, terutama menjelang sambutan Aidilfitri.

“Kita harap rakyat, khususnya mereka yang menerima bantuan tersebut bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang telah banyak berjasa kepada mereka,” katanya.

Sabtu, 2 Jun 2012

Penerima dana raya, bakti remaja perlu lahir rasa syukur



Mengikut bancian, hampir 200,000 keluarga di negeri ini akan menerima dana hari raya tahun ini. Bantuan tersebut disediakan Kerajaan Terengganu pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan keluarga berpendapatan rendah membeli pelbagai keperluan bagi menyambut Aidilfitri.

Pada tahun ini, kerajaan negeri dijangka membelanjakan kira-kira RM55 juta untuk bantuan tersebut yang dimulakan sejak 10 tahun lalu, bagi menambah keceriaan penduduk tempatan menyambut hari lebaran.


Isnin, 15 Ogos 2011

PEMBAHAGIAN DANA HARI RAYA DUN RHU RENDANG 2011

MARANG 15 Ogos 2011 - Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama Timbalannya En. Anuar bin Yahya mula mengagihkan bantuan dana Hari Raya 2011 untuk memberi peluang rakyat membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun ini yang akan tiba tidak berapa hari lagi.  Pengagihan dibuat dibeberapa tempat bermula hari ini sehingga 18/08/2011, melibatkan 29 buah kampong dikawasan peti undi Rhu Rendang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...