Memaparkan catatan dengan label Tuan Ibrahim Tuan Man. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tuan Ibrahim Tuan Man. Papar semua catatan

Isnin, 10 Julai 2017

HATI TUAN IBRAHIM TUAN MAN MEMANG BUSUK MASIH SAYANG DAP

Tuan Ibrahim Tuan Man tidur sebantal tetapi mimpi lain lain.

Ketika Mursidul Am, Presiden, Ketua Pemuda dan kebanyakan pimpinan PAS lainnya dilihat sekata berhubung hala tuju parti, lain pula pendirian Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketika hampir keseluruhan pimpinan PAS dilihat cenderung untuk menjalani hubungan dan kerjasama dengan UMNO termasuk mengadakan gencatan senjata dengan meminimunkan serangan sesama sendiri.

Tuan ibrahim Tuan Man pula sejak awal cukup berbeza pandangan apabila begitu berminat untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan dan tidak putus putus membuat serangan berbentuk spekulasi terhadap UMNO dan Perdana Menteri.

Terkini desakan untuk menubuhkan RCI IMDB pula walau pun audit dan PAC tidak menemui sesuatu yg mencurigakan dengan akaun IMDB.

Sabtu, 16 Julai 2016

PANAS!!! TUAN IBRAHIM MEMPERDAYA PENEROKA FELDA 13 JUAL TANAH FELDA HARGA MURAH KEPADANYA?

Kisah Tuan Ibrahim sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang selepas Pilihan Raya Umum 2004 sehingga 2015 masih lagi terngiang. Ketika PRK Kerdau 2011 isu ini berbangkit kembali dan Tuan Ibrahim terpaksa "kawtim" dengan pihak penjual tanah itu.

Kisah Tuan Ibrahim berlaku pada 1 Januari 2008 lagi menggunakan nama isteri Tuan Ibrahim untuk membeli tanah kebun seluas kira-kira 10 ekar dan rumah serta tapaknya sekali seluas suku ekar milik seorang peneroka bernama Mahmud A. Rahman berusia 54 tahun di Felda Jengka 13 dengan harga keseluruhan hanya RM80,000, jauh daripada nilai pasaran akibat terdesak.

Rabu, 23 Disember 2015

TUAN IBRAHIM TUAN MAN LUPA UKUR BAJU SENDIRI

LEBIH DARIPADA PRESIDEN PAS PULAK ??

SHAH ALAM – Umno sebagai pemangkin pentadbiran dan pengurusan kerajaan harus melaksanakan beberapa perkara sebagai langkah pertama memperbaiki nama Islam dan negara, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Tuan Ibrahim, imej Islam ini bukan perlu dibaiki pada gaya pakaian atau negara sebaliknya melibatkan penghayatan ajaran Islam dalam pelbagai bidang.

“Saya cadangkan kerajaan hapuskan GST. Cukai ini bertentangan dengan Islam kerana orang fakir miskin turut dipaksa bayar cukai. Kerajaan juga perlu mengurangkan pembaziran dan salahguna dana kerajaan dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan audit terbaru.


Rabu, 11 November 2015

EGO, SOMBONG DAN BONGKAK TUAN IBRAHIM PUNCA PAS BERPECAH ??

‘Kita lawan Umno tiap-tiap hari itu buktinya’

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan yang mengatakan bahawa Pas akan menjalinkan kerjasama politik bersama Umno adalah tuduhan yang tidak berasas dan sama sekali tidak berpijak di bumi yang nyata.

Katanya bukti jelas menangkis dakwaan itu adalah, sehingga kini tuduhan-tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dan Pas masih 'berperang' dengan Umno sehingga kini.

"Saya fikir mereka yang buat tuduhan-tuduhan itu yang mengaitkan Pas akan bersama Umno ini sampai sekarang tiada bukti, ia tidak berlaku sebagaimana yang diwar-warkan penuduh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...