Selasa, 26 Mac 2019

TUN M MENGEKALKAN RONALD KIANDE MUDAH IKUT TELUNJUK


Sebenarnya kalau Ronald Kiandee bermaruah dia sendiri akan meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC kerana DIA SUDAH MELOMPAT KE PARTI BUNGA. Kenapa dia mahu kekal sebagai Pengerusi PAC? MESTI ADA DEAL BARU DENGAN TUN M.
Begitu juga Tun M. Kenapa kekalkan Ronald Kiande walaupun bercanggah dengan janji pilihan raya. Jawapan Tun M membuktikan isu “morally wrong” tidak berbangkit. Dia memang mahu memungkiri janji.
Pada beliau janji PILIHAN RAYA TIDAK TERIKAT DENGAN UNDANG-UNDANG. Sebab itu janji boleh dimungkiri.
Justeru, Anwar akan kempunan untuk jadi PM. Ia cuma janji untuk jatuhkan Najib dan tidak terikat dengan undang-undang.
Tun M tidak gusarpun apabila Nurul Izah meletak jawatan sebagai anggota PAC. MP Pembangkang juga telah meletak jawatan. Elok pembangkang tidak menyertai PAC sebagai protes.
Tetapi apakah muslihat Tun M mengekalkan Ronald Kiande? Apakah Tun M mahu PAC-IMDB 2.0 yang sedang berlangsung sekarang MENGIKUT TELUNJUK TUN M.

Khamis, 21 Mac 2019

TERLALU HEBAT MENGHINA, MEMFITNAH ULAMA' !!!


Hasil siasatan SPRM membuktikan 'bayaran' RM1.4 juta bukanlah bayaran untuk penyelesaian di luar mahkamah terhadap kes saman fitnah DS TG Hj. Hadi terhadap Clare Brown berhubung dakwaan Sarawak Report PAS menerima rasuah dari UMNO sebanyak RM90 juta...

Ibarat
SENJATA MAKAN TUAN, cubaan DS Anwar Ibrahim untuk memfitnah TG Hj. Hadi dan PAS telah di buka hijab kebenarannya oleh Allah SWT...

Mungkin inilah kifarah hasil dari solat hajat dan doa dari orang yang teraniaya...

Akhirnya
fitnah yang di lemparkan terhadap TG Hj. Hadi dan PAS berbalik pada pihak yang menabur fitnah iaitu Anwar dan Clare...
Terperangkap dengan jerat yang di pasang sendiri, Anwar terpaksa mengakui Rameli Musa adalah kawan beliau tetapi kononnya mereka sudah lama tidak berhubung dan Rameli juga agalah kawan kepada TG Hj. Hadi...

Kalau pun Rameli pernah mengenali @ memang kawan kepada TG Hj. Hadi, ianya tidak boleh menjadi bukti yang kukuh untuk buktikan kesalahan TG Hj. Hadi seperti yang di dakwa Anwar...

Rameli ialah seorang ahli koperat...

Di samping mempunyai hubungan yang baik dengan TG Hj. Hadi dan Anwar sendiri, Rameli juga mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin2 utama negara seperti Tun Mahathir dan Tun Daim...

Bersambung dan KLIK DISINI

Sabtu, 9 Mac 2019

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KEATAS NGAR KHOR MING


SEMALAM Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan juga WAKIL RAKYAT DAP NGAR KOR MING mengatakan bahawa jika UMNO dan Pas memerintah, Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan di bawah Taliban.

Ini adalah suatu kenyataan yang cuba menakut-nakutkan kaum bukan Melayu di Malaysia supaya menentang penyatuan orang-orang Melayu.

DAP LEBIH UNTUNG JIKA ORANG-ORANG MELAYU BERPECAH BELAH sebab bila orang Melayu berpecah mereka boleh menang pilihanraya dan memerintah negara seperti sekarang.

PERJUANGAN DAP DAN PH (Pakatan Harapan) ini TIDAK ADA ASAS MORAL MALAH AMAT KEJI kerana mereka mahu berkuasa di atas perpecahan orang lain.

Mereka MENUDUH UMNO DAN PAS RASIS.

Namun hakikatnya, mereka (DAP dan PH) lah yang rasis.

Dalam sejarah dunia, pihak yang mahu golongan majoriti berpecah dan lemah supaya mereka (pemecahbelah ini) boleh berkuasa adalah pihak yang rasis kerana mereka mahu memerintah melalui perpecahan kaum dan kelemahan majoriti.

Ini sama seperti yang berlaku dalam kerajaan apartheid di Afrika Selatan daripada tahun 1948 sehingga 1994 di mana kaum minoriti kulit putih memerintah majoriti etnik kulit hitam yang berpecah belah selama berdekad lamanya sehinggalah Presiden Mandela menyatupadukan orang-orang kulit hitam dan merampas kuasa.

Adalah tidak mustahil jika kerajaan PH ini terus memerintah, suatu hari nanti MALAYSIA AKAN JADI NEGARA APARTHEID seperti Afrika Selatan dahulu di mana golongan minoriti memerintah golongan majoriti secara rasis dan kuku besi.

Malaysia tidak akan jadi negara Taliban seperti yang ditakut-takutkan oleh Ngar Kor Ming.

Artikel Penuh: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...