KUALA TERENGGANU - Protes yang
dilakukan segelintir ahli Umno kerana TIDAK BERPUAS HATI TERHADAP CALON
BN bagi Dun Cukai di beberapa lokasi di
sekitar Bandar Cukai, membimbangkan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri
Ahmad Said.
Menurutnya,
jika ia berterusan, ia bukan sahaja akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi kerusi Dun Cukai, malah akan
memberi kesan undi bagi Parlimen Kemaman.
“Hari ini, saya sudah terima gambar-gambar bahawa ada yang menolak calon Cukai
itu. Saya dapat maklumat, kemungkinan ada pusat daerah mengundi (PDM) dan
markas-markas akan ditutup.
“Saya
sudah turun ke markas-markas sebelum ini (berkempen) tapi ini (protes) mungkin
akan menjejaskan undi majoriti Parlimen Kemaman,” katanya, semalam.
Difahamkan,
protes itu dibuat sejak awal pagi kerana ada yang tidak berpuas hati dengan
calon pilihan.
Datuk
Mohamed Awang Tera yang sebelum ini ‘direhatkan’ pada PRU13 kembali semula
apabila dipilih bertanding di Dun Cukai.
Pada
PRU13 yang lalu, calon BN, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid tewas kepada
calon Pas, Hanafiah Mat dengan undi majoriti 2,446.
Ketika
ditanya bagaimana ingin mengatasi masalah itu, Ahmad menjelaskan, dia tidak
tahu bagaimana ingin menyelesaikannya memandangkan dia tidak terlibat dalam
pemilihan calon kali ini.
“Maksudnya,
orang Cukai nak siapa? Mereka perlu tahu hati nurani rakyat akar umbi nak
siapa. Bagaimana orang yang kuat bekerja tetapi tiba-tiba diketepikan. Kita
ambil calon lama yang telah dibersarakan.
“Jika
tanya saya peluang untuk menang di Dun Cukai, ia almost impossible (hampir
mustahil). Saya sudah maklumkan (kepada pimpinan) tetapi ini keputusannya dan
risikonya, kita tanggunglah.
“Saya
jenis cakap terus terang sebab saya sayangkan Umno Tereng-ganu, saya sayangkan
BN. Saya ingin BN memerintah Terengganu, sebab itu saya dalam Umno, ini
terbukti,” katanya.