Jumaat, 20 April 2018

TOH PUAN ZAITUN MAT AMIN CALON WANITA UMNO BAHAGIAN MARANG


KUALA NERUS  - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman mengesahkan beliau akan bertanding pada  Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bersama-sama empat calon lain termasuk pakar motivasi Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Beliau bagaimapun enggan menyatakan kawasan  Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi sehingga pengumuman rasmi.

"Sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, saya umumkan calon-calon untuk Kuala Nerus, tetapi tempat saya tak akan umum lagi. Yang sah (akan bertanding) Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, saya sendiri, Datuk Basir Ismail, Tuan Arif Sahibul Fadilah Tuan Ahmad dan Che Mansor Salleh. Ini lima orang yang sah bertanding kerusi DUN dan Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal bersama Serikandi Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari ini.

Ahmad Razif turut menunaikan janji Barisan Nasional (BN) negeri apabila turut mengemukakan CALON WANITA yang akan bertanding pada PRU kali ini iaitu Ketua Wanita UMNO bahagian Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin. - Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...