Sejak bermulanya pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah 12 Februari lalu, Pas dan pakatan pembangkang terus-terusan mempolitikkannya malah parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam menutup sebelah mata apabila pimpinan parti sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuduh ia sebagai sandiwara UMNO.
Sehingga saat berita ini ditulis, tiada mana-mana pimpinan Pas yang menyatakan secara terbuka tidak bersetuju, membantah atau menolak kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa kononnya ia adalah sandiwara semata-mata. Sedangkan, tuduhan itu telah pun mengguris perasaan rakyat Malaysia terutama keluarga pasukan keselamatan negara yang bertugas memerangi pengganas di Lahad Datu.