Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Isnin mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.6 sen seunit bagi dana Amanah Saham Wawasan 2020 dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012.
Ini akan melibatkan pembayaran berjumlah RM981.89 million, peningkatan sembilan peratus daripada jumlah RM900.72 juta pada tahun lepas.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata dividen itu merupakan peningkatan 0.1 sen seunit daripada 6.5 sen seunit tahun lepas.
Meskipun ASNB mempunyai keupayaan untuk mengagihkan sehingga 8.6 sen bagi tahun kewangan ini, namun ia membawa kehadapan dua sen seunit bagi tahun kewangan akan datang untuk membantu pengagihan pendapatan di masa depan.