KUALA LUMPUR, 29 Nov – UMNO harus ada zuriat politik yang berkualiti untuk memastikan kelangsungan kuasa terutama dalam suasana politik semasa yang kian mencabar, kata seorang perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Wakil Perak Khairul Azwan Harun berkata zuriat berkualiti yang dimaksudkan itu harus memiliki ciri-ciri taat setia, mesra islah dan mensyukuri nikmat.
“Taat setia ini penting kerana jika kita lihat pihak di sebelah sana yang ditanam bukanlah perjuangan untuk mengangkat citra agama bangsa dan negara sebaliknya membentuk generasi yang patuh membuta tuli kepada pemimpin yang ingin merosakkan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.
“Dalam konteks parti keramat ini, kita ingin melahirkan zuriat yang sentiasameletakkan perjuangan serta matlamat parti mengatasi kepentingan lain dan padasepanjang masa menggalas nama UMNO di pundak mereka.