Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil
PENDEKATAN LEBIH
'LUNAK' berbanding
pemimpin partinya yang lain yang 'mempertikai' keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi
sokongan kepada Umno.
Hadi berkata, Abdul Khalid hanya hadir
ke Konvensyen Umno Selangor, dan bekas menteri besar itu juga tidak memberikan
sebarang kata putus mengenai Umno.
"Kita tak tahu lagi. Tak ada satu
perkataan pun dia (sebut nak) sokong Umno. Mengikut apa yang saya tahu beliau
hanya hadir," katanya kepada media di majlis makan malam amal dan
perasmian Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia di sini malam tadi.
Hadi berkata demikian ketika ditanya
pendapatnya mengenai kehadiran Abdul Khalid di Konvensyen Umno Selangor yang diadakan
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lalu.

