KOTA BARU, 16
Ogos — Naib
presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini menggesa agar kerajaan
persekutuan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat kembali peristiwa BERDARAH Memali untuk menjelaskan isu sebenar yang berlaku semasa
kejadian.
Katanya, dahulu
lagi telah timbul pelbagai spekulasi dan tuduh-menuduh berhubung peristiwa itu
kerana tiada sebarang siasatan telus dijalankan oleh mana-mana pihak.
“Jadi dengan
adanya suruhanjaya diraja, kita percaya ia boleh menyelesaikan banyak isu dan
boleh menyelesaikan salah tanggapan dan tuduh-menuduh ini... itu yang penting.
Once and for all... boleh selesai isu,” katanya.
Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas menghadiri acara lafaz dan menandatangani
ikrar bebas rasuah bersama menteri besar Kelantan dan anggota Majlis Mesyuarat
Kerajaan (MMK) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.
