Mursyidul
Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan
kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai menteri
besar Selangor.
Nik
Abdul Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan berkata tidak ada sebab
baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu menteri besar Selangor
itu.
"Saya
cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan
saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di
Kota Baharu.