Jumaat, 1 Februari 2013

Nik Aziz Juga Zalim Terhadap Rakyat Kelantan



PASIR PUTEH, 1 Feb  - Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, membidas kenyataan Datuk Seri Nik Aziz yang mendakwa menteri yang tidak tunaikan amanah akan masuk neraka, yang secara sinis ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung isu royalti seumpama pepatah menepuk dulang terpercik ke muka sendiri.
Menurut beliau, tidak sepatutnya Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana isu syurga dan neraka bukanlah hak manusia untuk menilai tetapi syurga dan neraka itu adalah hak Allah swt semata-mata.
“Dalam isu royalti minyak ini, ia merupakan isu  bukanlah Datuk Seri Najib menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadinya. Wang royalti minyak itu jelas digunakan untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat. Lainlah kalau PM kita gunakan untuk kepentingan peribadinya.
“Saya nak tanyabeliau  pula, bagaimana dengan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Besar Kelantan? Apakah beliau sebagai seorang pemimpin sudah menunaikan tanggungjawab beliau terhadap rakyat Kelantan? Beliau juga dilihat gagal dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambahnya, jelas hari ini  beberapa isu asas hak rakyat Kelantan seperti isu air pun masih tidak diselesaikan oleh kerajaan negeri. Sudah hampir 23 tahun Pas memerintah, namun perkara asasi seperti  air bersih pun mereka tidak dapat bekalkan kepada rakyat di negeri ini,.
“Itu belum lagi kita ungkit tentang tujuh janji kerajaan Pas kepada rakyat Kelantan yang  kini hanya tinggal janji. Begitu juga soal pembangunan, soal pekerjaan dan sebagainya. Bukankah beliau sendiri tidak tunaikan amanah yang diberikan Allah kepadanya sebagai seorang pemimpin?
“Maknanya beliau sendiri menzalimi rakyat Kelantan. Kalau beliau tidak menzalimi rakyat di Kelantan, takkankanlah beliau dikejar oleh penduduk di Gua Musang disebabkan isu tanah penduduk yang dirampas oleh kerajaan negeri.Tapi Menteri Besar tak rasa beliau menzalimi rakyat Kelantan.   Sebab itu saya katakan, kenyataannya itu bak kata pepatah menepuk dulang terpecik air ke muka sendiri,” tegasnya.
Katanya lagi, terlalu banyak kenyataan dari kepimpinan Pas yang sebenarnya khususnya soal agama yang telah membuatkan rakyat di negara ini menjadi keliru dan berpecah belah.
“Sebenarnya kepimpinan Pas telah banyak mengeluarkan kenyataan dan pendirian yang amat-amat bercanggah dengan prinsip dan pendirian Islam sebenar. Amanat Haji Hadi, isu syurga dan neraka telah menyebabkan perpecahan yang amat serius berlaku di kalangan umat Islam di negara ini.
“Kalau Pas bagi duit, itu dikatakannya sedekah. Tetapi kalau UMNO bagi duit, itu dikatakannya rasuah. Apa semua ini?  Kalau wayang kulit, bola sepak dikir barat, cara Islam. Pas buat semuanya ikut Islam, tapi UMNO buat tidak ikut  Islam. Apa UMNO bukan parti Islamkah? Jelas nampak ada diskrimasi di situ.
“Saya cabar Datuk Nik Aziz, buat satu kenyataan secara jelas, bukan secara sinis, katakan bahawa ahli UMNO ini kafir. Jangan sindir-sindir. Jangan buat kenyataan sinis. Nyatakan terang-terang, bahawa ahli UMNO, penyokong UMNO ini kafir dan tidak ikut Islam. Bawa dalil hujah dari Quran dan Sunnah. Jangan sampai kafir ini berbalik kepada orang yang mengkafirkan nanti,” ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...