Khamis, 7 Februari 2013

Tuduh BN Zalim, Masuk Neraka.. Nik Aziz Lupa Cermin Diri Sendiri


KUALA LUMPUR, 6 Feb – Orang yang tidak bertanggungjawab akan mudah menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada orang lain sebagaimana yang berlaku di Kelantan, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri terbabit, Datuk Dali Husin.
“Orang yang menuduh individu lain masuk neraka sebenarnya adalah yang mula-mula masuk ke dalamnya apatah lagi dia sendiri tak lakukan apa yang sememangnya wajib dibuat sebagai pemimpin,” katanya yang mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas tersebut telah dipetik berkata, “Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW’ yang dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan berkaitan agihan royalti minyak kepada negeri kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.
“Sebagai Menteri Besar di Kelantan lebih 20 tahun apa yang telah dibuatnya…? Isu air tak selesai, tanah-tanah pun jadi isu, peluang pekerjaan pada rakyat tak ada dan macam-macam lagi kerumitan rakyat. Ini semua tanggungjawab siapa?
“Mereka menuduh kerajaan Pusat zalim sebab royalti minyak tapi persoalannya siapa yang lebih zalim sehinggakan kehidupan rakyat pun tak berubah-ubah sejak lebih 20 tahun lalu? Apabila mereka gagal lakukan perubahan maka yang dipersalahkan adalah kerajaan Pusat sedangkan mereka sendiri hanya pentingkan agenda politiksemata-mata.”
Katanya, kepimpinan kerajaan Negeri Kelantan lebih mudah menyalahkan orang lain daripada bercakap soal amanah dan tanggungjawab sendiri sebagai cara terbaik bagi mengelirukan rakyat.
“Soal royalti minyak diketengahkan menjurus kepada kepentingan agenda politik mereka sendiri dan bukannya memberi penjelasan berkaitan janji-janji yang sepatutnya mereka penuhi untuk rakyat.
“Mereka ingat rakyat boleh diperbodohkan lagi setelah sekian lama mereka ditipu atas perjuangan yang tidak ada matlamat, rakyat sudah sedar dan mahukan perubahan bersama-sama BN,” tegasnya lagi. - MediaUMNO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...