Memaparkan catatan dengan label Felda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Felda. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Mei 2015

Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi


Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi. 

Saham FGV Tahun 2012 RM5.30. Sekarang RM1.92 Sahaja (Susut RM3.38)! : Sudah jatuh ditimpa tangga. 

Sebelum penyenaraian, inilah saham yang terbaik, inilah peluang untuk keluarga besar FELDA Malaysia menumai hasil berlipat kali ganda di atas kecerdikan mereka mahu senaraikan di Bursa Malaysia. Kata merekalah.

Ini perbandingan Sime, KLK dan Genting Plantation.

Isnin, 21 Mei 2012

Orang kuat Pas peluk ADUN UMNO kerana DUIT ???


Mohd. Zain Jusoh, peneroka dari rancangan Felda Chini Timur 2 dan Othman Abd. Ghani, 59, dari Chini Timur 3 dikenali sebagai 'orang kuat' Pas dan mereka turut mempunyai jawatan di peringkat cawangan masing-masing.

Namun hari ini kedua-duanya adalah orang yang paling erat memeluk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Haron walaupun mereka berbeza fahaman politik.

Segalanya disebabkan pemberian cek durian runtuh RM5,000 sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) yang disampaikan Abu Bakar kepada Mohd. Zain dan Othman bersama 3,348 ketua isi rumah di Gugusan Felda Chini.

Saat-saat menarik itu berlaku selepas majlis penyampaian cek berkenaan di Dewan Orang Ramai Chini Timur 3 apabila Mohd. Zain secara tiba-tiba datang ke arah Abu Bakar dan terus memeluk erat ADUN Chini berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...