Memaparkan catatan dengan label MIC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MIC. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Julai 2016

THAMBY MOHAN NAK GLAMOUR JANGAN SENTUH HUKUM HUDUD LA !!!!

SUBANG JAYA: Naib Presiden MIC, Datuk T. Mohan berpandangan adalah 'tidak adil' jika terdapat dua jenis undang-undang di dalam sesebuah negara dalam menjatuhkan hukuman kepada seseorang, ujarnya sebagai respon kepada Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian pindaan akta 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Mohan, adalah menjadi kebimbangan kerana sekiranya RUU itu diluluskan di negeri Kelantan, ia akan membuka ruang yang luas bagi negeri lain untuk melaksanakan hudud di negeri masing-masing.

"Isu hudud ini memang isu sensitif bagi masyarakat bukan Islam. Kita rasa seperti akan ada dua undang-undang diantara Islam dan bukan Islam.

Sabtu, 14 Februari 2015

G. Palanivel buat hal lagi tunjuk keras kepala?


KUALA LUMPUR 14 Feb. - MIC mendakwa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mencabul Perlembagaan parti itu apabila memberi kuasa sementara kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CWC) 2009 yang telah dibubarkan untuk menguruskan parti.


Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel sehubungan itu memberi tempoh sehingga Selasa depan kepada ROS untuk menarik balik arahan tersebut atau bakal berdepan dengan tindakan mahkamah. - UTUSAN ONLINE.

Selasa, 3 Februari 2015

Palanivel perlu letak jawatan: Saravanan sedia tanding jawatan nombor 1 atau 2


GOMBAK, 3 Februari:  Naib Presiden MIC, Datuk S. Saravanan membayangkan kesediaan bertanding jawatan lebih tinggi pada pemilihan semula yang dirancang diadakan Jun depan.

Bagaimanapun keputusan itu hanya akan dimuktamadkan jika mendapat mandat majoriti dari ahli parti.

“Kalau penyokong saya mahu saya bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden MIC, mungkin saya akan buat nanti.

“Sekarang ini saya tidak putuskan lagi, tunggulah nanti. Tapi saya akan bertanding pada pemilihan semula nanti,” katanya yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Selasa, 27 Januari 2015

PENYAKIT BERJANGKIT PR MEREBAK KE DALAM MIC ???


PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel sedia mengambil tindakan tegas terhadap penentangnya dalam parti itu yang menghadiri satu mesyuarat khas dengan timbalan presiden pada Sabtu.

Antara yang hadir dalam mesyuarat dengan Datuk Seri Dr S. Subramaniam itu ialah 90 ketua bahagian parti berkenaan.
Menurut Palanivel, sebarang keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat itu tidak boleh digunapakai dan menyalahi peraturan parti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...