Selasa, 27 Januari 2015

PENYAKIT BERJANGKIT PR MEREBAK KE DALAM MIC ???


PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel sedia mengambil tindakan tegas terhadap penentangnya dalam parti itu yang menghadiri satu mesyuarat khas dengan timbalan presiden pada Sabtu.

Antara yang hadir dalam mesyuarat dengan Datuk Seri Dr S. Subramaniam itu ialah 90 ketua bahagian parti berkenaan.
Menurut Palanivel, sebarang keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat itu tidak boleh digunapakai dan menyalahi peraturan parti.

"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya tidak mengadakan atau membenarkan mana-mana mesyuarat MIC diadakan dan meminta setiap mesyuarat dibatalkan.
"Bagaimanapun, mesyuarat itu (pada Sabtu) telah diadakan walaupun tanpa kebenaran saya," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mendakwa, mesyuarat itu tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan perlembagaan parti.
"Oleh itu, apa-apa keputusan dan resolusi yang dibuat dalam mesyuarat tersebut tidak sah dan menyalahi undang-undang," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...