Khamis, 1 Januari 2015

Kelantan dijangka pulih 3 hingga 6 bulan


KOTA BHARU - Kemusnahan di Kelantan akibat banjir terburuk dijangka mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk dipulihkan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata,  beberapa langkah penting telah dicapai  menerusi mesyuarat jawatankuasa Task Force  Pasca Banjir peringkat negeri dicapai hari ini.

"Kita juga telah meluluskan peruntukkan  untuk Pihak Berkuasa Tempatan menjalankan kerja-kerja pembersihan dan ia sudah dimulakan hari ini.



"Kerajaan juga telah mengarahkan ketua-ketua jajahan untuk mengenalpasti kawasan bersesuaian untuk penempatan sementara mangsa banjir sebagaimana disyorkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak," katanya kepada media di SUK.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...