Ahad, 28 Disember 2014

INILAH YANG BERMASALAH ORANG SIBUK DENGAN BANJIR, ADA YANG MENYAMUN PULAK ?


Wanita cedera ditembak penyamun

BACHOK - Sebuah keluarga berdepan detik hitam kali kedua apabila seorang wanita cedera ditembak pada paha kirinya ketika diserang penyamun dalam kejadian kira - kira jam 1.55 petang di Kampung Paya Teratai, kelmarin.

Suami mangsa, Zakaria Ibrahim,44, berkata,  tahun lalu mereka nyaris kehilangan anak bongsu, Mohd Akif Amsyar,2, yang cuba diculik tetapi disedari isterinya,  Norizan dan  diselamatkan  penduduk kampung.

Malangnya itu bertimpa apabila kelmarin, isterinya ditembak pada bahagian paha dalam kejadian samun kira-kira jam 1.55 petang.


"Ketika kejadian saya keluar solat Jumaat di masjid berdekatan dan hanya mengetahui kejadian itu selepas solat Jumaat.

"Saya percaya mereka ambil kesempatan ketika saya tiada di rumah untuk menyamun," katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, semalam

Manakala, Norizan berkata, ketika itu dia sedang menjemur pakaian sebelum anak sulungnya, Nur Aini Sofea,7, menjerit ketika melihat tiga lelaki bertopeng memasuki halaman rumah mereka.

"Saya tak sempat buang rantai leher apabila mereka terus mengepung saya. Tangan saya diikat pada rak pakaian. Tiga anak saya Nur Aini; Nur Aisyah Nadia;5 dan Mohd Akif  diugut bunuh. Mereka pegang kaki Mohd Akif dengan kepalanya ke bawah.

"Lepas itu mereka geledah rumah cari wang. Anak saya Nur Aini cuba melarikan diri tetapi disedari suspek. Mereka cakap 'mu g aku tembok mu mapuh'. Lepas gagal dapatkan wang, salah seorang suspek menembak paha kiri saya," katanya yang juga seorang peniaga mi celup di kampung itu.

Suspek kemudian segera beredar menaiki Toyota Innova yang dipandu seorang lagi rakan subahatnya.

Dalam keadaan cedera itu, Norizan berjalan lebih 500 meter untuk mendapatkan pertolongan daripada penduduk kampung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang melibatkan kerugian lebih RM30,000.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3 (A) Akta Senjata Api 1971 dan pihaknya menjalankan Ops Tutup bagi memberkas empat suspek terlibat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...