Isnin, 8 Disember 2014

KENAPA BOLEH BERLAKU ???

Beza angka mangsa banjir punca bantuan ditangguh

KEMAMAN - Perbezaan angka mangsa banjir yang direkod dan diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan pihak lain menyebabkan pemberian beberapa bantuan perkakasan dapur kepada mangsa banjir di Kuantan hujung tahun lalu terpaksa ditangguhkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau telahpun meneliti perkara itu dan mengenal pasti punca penangguhan pemberian barangan berkenaan.

"Sebenarnya yang menjadi masalah untuk mengagihkan barangan adalah kerana terdapat perbezaan angka yang diberikan oleh pihak JKM dan pihak lain dan angka yang diberikan ini begitu jauh bezanya maka kita meminta pihak menguruskannya untuk menyiasat.


"Apa yang dibimbangi ialah ada ketidaktepatan dari segi siapa sepatutnya yang menjadi penerima, maka pemberiannya terpaksa ditangguhkan," katanya ketika diminta mengulas dakwaaan pihak tertentu dalam media sosial bahawa terdapat mangsa banjir di Kuantan tahun lepas masih belum menerima bantuan berupa televisyen dan peti ais.


Ahmad Shabery berkata, televisyen merupakan sumbangan pihaknya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) manakala bantuan barangan lain termasuk peti sejuk disumbangkan Barisan Nasional (BN) manakala dapur dan tilam pula daripada badan bukan kerajaan.

"Saya juga difahamkan ada lebih 4,000 set barang yang disediakan dan sebahagian barangan seperti tilam dan dapur telah diagihkan, cuma saya kira yang melibatkan peti sejuk dan televisyen sahaja yang belum diagihkan," katanya.

Beliau berkata pemberian sumbangan itu di tempat lain telahpun selesai pertengahan tahun ini, termasuk di Temerloh, Pekan, Johor dan Kemaman melibatkan 13,000 penerima. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...