Khamis, 4 Disember 2014

PEJAWAT AWAM DIINGAT JANGAN GILA PINGAT & DARJAH YG TIDAK SAH ?


Jangan ambil pingat dari Naning - Idris

MELAKA, 4 Disember Tindakan tegas akan diambil terhadap penjawat awam dan pemimpin masyarakat yang menerima darjah dan pingat daripada Lembaga Adat Naning.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, pihaknya telah mengarahkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas, bagi menyemak senarai penjawat awam, sidang dan penghulu yang menerima anugerah berkenaan.
“Mereka akan disoal siasat dan perlu mengemukakan surat tunjuk sebab, sebelum diambil tindakan lanjut,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar dan dibantu Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka, Datuk Latipah Omar serta Timbalan Exco Pembangunan Belia dan Warisan, Datuk Norpipah Abdol.
Idris menegaskan, kerajaan negeri tidak akan berdiam diri lagi dan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba mencemarkan struktur pentadbiran negeri Melaka.
“Peringkat awalnya kita kategorikan ia (Lembaga Adat Naning) sebagai program adat, tapi kita terpaksa mengambil tindakan tegas, kerana ia sudah sampai ke tahap mencemar struktur adat negeri, iaitu menganugerahkan pingat-pingat datuk naning…kegiatan ini perlu dikekang,” katanya.
Sehubungan itu, Idris menasihatkan orang ramai tidak terlalu ghairah memiliki darjah dan pingat yang diberikan lembaga berkenaan, kerana ia tidak diiktiraf kerajaan negeri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...