Ahad, 21 Disember 2014

KERAJAAN BN DIPERBODOH-BODOHKAN OLEH PEMBANGKANG ???

Jangan sabotaj ekonomi apabila harga minyak diturunkan

PONTIAN 20 Dis. – Golongan peniaga, pengilang, pemborong dan peruncit diminta tidak mensabotaj ekonomi negara apabila kerajaan mengambil keputusan menurunkan harga minyak kelak.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, empat kumpulan ini perlu mempunyai rasa bertanggungjawab bagi memastikan pengguna tidak terus dibebani dengan harga yang tinggi.

“Dengan cadangan penurunan harga minyak di bawah RM2 pada 1 Januari depan, kos penggunaan bahan api yang sering dijadikan alasan kenaikan harga barang telah dapat dikurangkan.

“Jika kerajaan sedaya upaya menangani isu kenaikan harga minyak, tidak adil jika mereka tidak mahu menurunkan harga barangan dengan memberikan pelbagai alasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Gelanggang Futsal di Kampung Parit Basilam di sini hari ini.

Menurut Ahmad, penurunan harga barang perlu dilakukan segera sebagaimana golongan peniaga, pengilang, pemborong dan peruncit menaikkan harga selepas kerajaan menghentikan subsidi minyak sebelum ini.

Tambah beliau, keputusan menurunkan harga minyak adalah mengikut perkiraan harga minyak dunia pada ketika ini dan tiada kaitan dengan desakan pihak pembangkang.

Beliau turut mengingatkan empat kumpulan rantaian itu agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang dengan menggunakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April depan sebagai alasan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...